Harga RON Naik, Diesel Turun - Berita Semasa | mStar

Harga RON Naik, Diesel Turun

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga bahan api naik untuk minggu ketiga bulan Ogos dengan kenaikan sebanyak empat dan tiga sen bagi petrol, manakala diesel pula turun sebanyak dua sen.

Harga baharu RON95 naik kepada RM2.15 seliter (RM2.12) manakala RON97 meningkat kepada RM2.43 daripada 2.39 seliter minggu lalu.

Diesel pula akan turun dua sen kepada RM2.04 seliter daripada RM2.06 seliter sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa pada Khamis (17 Ogos) sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.

Tags / Kata Kunci: Harga minyak baharu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan