Rangkaian Pemerdagangan Pelajar Di Malaysia Dibongkar

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 8:41 AM

Mangsa pemerdagangan dari Bangladesh tiada pilihan lain apabila terpaksa bekerja demi membayar hutang kepada ejen.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Mereka menggadaikan diri demi impian untuk belajar dan bekerja di negara asing.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan keseluruhan simpanan keluarga, mereka terperangkap dalam realiti apabila menjadi mangsa pemerdagangan untuk dieksploitasi dan peras ugut.

Ribuan anak muda warga Bangladesh diperdagangkan ke Malaysia menerusi kolej-kolej swasta yang tidak diketahui kewujudannya termasuk ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab.

Ada antara mereka membayar lebih RM20,000 kepada ejen-ejen bagi mendapatkan visa pelajar dan kemasukan ke kolej-kolej palsu ini.

Jumlah bayaran itu bersamaan dengan pendapatan selama tiga tahun di Bangladesh.

Namun ia hanyalah permulaan buat mereka untuk dieksploitasi.

Sebaik sahaja tiba di Malaysia, mangsa-mangsa menyedari kolej-kolej tersebut tidak menawarkan sebarang kelas yang sebenar, mereka tidak boleh bekerja di bawah visa pelajar dan sering kali terdapat bayaran tambahan yang perlu dibayar.

Kebanyakan mereka tiada pilihan melainkan terpaksa bekerja secara haram dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan.

Mereka perlu bekerja bagi meraih pendapatan yang cukup bagi membolehkan hutang dibayar dan membeli tiket untuk pulang ke negara asal, atau membayar ejen sekali lagi bagi memperbaharuhi visa pelajar supaya mereka boleh bekerja dalam tempoh setahun lagi.

"Saya tidak boleh balik kerana keluarga saya telah menghabiskan kesemua wang mereka untuk bayaran ejen.

"Sekarang saya perlu bekerja di sini untuk membayar bagi kos perubatan ayah," kata seorang mangsa, 24, mengenai bapanya yang mengalami strok.

Pasukan R.AGE The Star membongkarkan rantaian pemerdagangan ini menerusi beberapa siri penyamaran dan penyiasatan, yang dipaparkan dalam siri video Student/Trafficked, yang bakal dilancarkan pada Isnin.

Pasukan tersebut bertemu dengan ejen-ejen dengan menyamar sebagai pengurus kilang yang mencari buruh murah, menjejaki ke dalam kolej-kolej diikuti jejak sepanjang perjalanan ke Dhaka, Bangladesh.

Seorang ejen memberitahu wartawan bahawa dia bekerja untuk seorang individu bergelar Datuk yang mempunyai sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Dia juga telah memperdagangkan lebih 8,000 pelajar warga Bangladesh ke Malaysia.

"Pelajar-pelajar Bangladesh merupakan cara mudah dan senang untuk mendapatkan wang," kata ejen itu yang merupakan warga Nepal.

"Bawa masuk 200 atau 300 orang, kemudian salurkan mereka (antara kolej-kolej), kemudian anda akan membuat duit."

Kebanyakan mangsa ini tinggal dan bekerja tidak jauh daripaa bandar-bandar utama di Lembah Klang.

Mereka hidup secara bersembunyi dan terseksa.

"Keadaan kami lebih buruk daripada tempat pembuangan sampah di kawasan setinggan di Dhaka," kata seorang mangsa, yang kini merupakan pekerja pembinaan di Cyberjaya.

Keluarganya terpaksa membuat pinjaman bagi membayar 'pengajiannya' di Malaysia dengan bayaran 21,000 taka (RM1,100) sebulan secara ansuran.

Dia kini memperoleh kira-kira RM1,500 sebulan.

"Di kolej saya, terdapat kira-kira 200 sehingga 500 pelajar Bangladesh, tetapi hanya 30 sehingga 35 orang yang memperbaharui visa mereka (untuk sambung belajar).

"Di mana mereka yang lain itu saya tidak tahu," tambahnya.

Dalam siasatan R.AGE, lebih 30 mangsa pemerdagangan ditemui dan mendapati hampir 30 pelajar kolej menunjukkan tanda-tanda bekerja dengan mereka yang memperdagangkan mangsa menerusi penipuan tawaran belajar di negara ini. 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan