Tahniah Untuk Pasangan Mempelai Diraja Dan Selamat Pengantin Baru

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 1:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTERI Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor pada Isnin.

Terdahulu, istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah diadakan pada sebelah pagi, diikuti dengan istiadat Akad Nikah manakala disebelah malam, istiadat Persandingan akan diadakan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bharu.

Majlis istiadat perkahwinan diraja puteri kesayangan rakyat Johor ini juga bakal disiarkan secara langsung kepada penduduk negeri itu menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan