Batal Reman Boon Poh: SPRM Akan Fail Rayuan

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan rayuan terhadap pembatalan reman selama lima hari ke atas exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram yang dibenarkan Mahkamah Tinggi negeri itu pada Isnin.

"SPRM menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang telah membatalkan tempoh reman terhadap Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Georgetown, Sabtu lalu.

"Namun SPRM tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM.

Menurut kenyataan itu, SPRM memandang serius perkara tersebut kerana keputusan berkenaan telah menjejaskan siasatan berhubung penglibatan Phee dan dua lagi suspek dalam operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.

Jumaat lalu, Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu ditahan SPRM kira-kira pukul 3 petang ketika sedang memberi keterangan berhubung isu sebuah kilang haram memproses abu kayu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang beroperasi lebih dari 10 tahun.

Pada 12 Ogos lalu, Boon Poh direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhu­bung serbuan ke atas sebuah kilang haram terbabit.

Perintah reman sehingga 16 Ogos ini dikeluarkan oleh­ Penolong Pendaf­tar, Ameera Mastura Khamis selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Phee Boon Poh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan