'Nothing To Hide 2.0' Jadi 'Everything To Hide'

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 10:07 PM

Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tuduhan liar mengaitkan Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam insiden kekecohan forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dibuat, kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri itu berkata tuduhan itu adalah cubaan bagi menutup tindakan memalukan ahli parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, beliau berkata ia adalah satu lagi contoh tindakan pakatan pembangkang untuk membangkitkan rasa marah dan benci terhadap kerajaan.

"Tuduhan liar mengaitkan Umno dan Perdana Menteri oleh (Timbalan Presiden PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga kepimpinan pakatan pembangkang adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dibuat.

"PPBM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis anjurannya yang dihadiri kepimpinan dan penyokong parti itu.

"Realitinya, penyokong pembangkang yang hadir di forum itu kecewa dengan kegagalan Dr Mahathir menjawab soalan berhubung skandal sepanjang 22 tahun pentadbirannya termasuk isu pemenjaraan Anwar dan peristiwa Memali.

"Forum 'Nothing To Hide 2.0' sepatutnya menjadi forum 'Everything To Hide'," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tengku Sariffuddin berkata jika pakatan pembangkang tidak berupaya untuk menganjurkan forum tanpa wujudnya kekecohan maka kita boleh bayangkan apa yang akan mereka lakukan terhadap Malaysia.

"Jelas ia akan membawa bencana kepada negara jika pembangkang diketuai DAP memperoleh kuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Forum Nothing To Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam, bertukar ganas apabila sekumpulan hadirin tidak puas hati dengan penjelasan Dr Mahathir mengenai peristiwa Memali pada 1985.

Suasana forum mula tegang apabila Dr Mahathir enggan menjawab soalan seorang hadirin, yang bertanya sama ada sabitan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri itu adalah benar atau hanya bermotifkan politik.

Tags / Kata Kunci: Nothing To Hide 2.0 , PPBM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan