'Dinosaur Hidup' Di Matic

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 9:18 PM

Seekor 'dinosaur' kelihatan bagaikan berada di atas bumbung namun hanya merupakan replika binatang itu yang diletakan di atas bumbung berdekatan Matic sempena pameran 'Dinosaurs Alive @ Kuala Lumpur' di Matic Jalan Ampang pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 40 ekor dinosaur animatronik bersaiz sebenar dan mampu bergerak kini muncul di pameran tema Jurassic, 'Dinosaurs Alive' di Lanai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini.

Pameran enam bulan itu bermula hari ini dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, menampilkan pertunjukan yang memberi banyak pengetahuan mengenai haiwan pra sejarah itu yang menghuni bumi 165 juta tahun lepas.

'Dinosaurs Alive' dijangka menarik pelancong tempatan dan antarabangsa melawat  Kuala Lumpur sempena Sukan SEA 2017 dan cuti sekolah, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan semasa merasmikan pameran itu di sini Isnin.

"Pameran itu memberi peluang kepada tetamu negara yang datang sempena Sukan SEA ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi haiwan-haiwan pra sejarah yang menakjubkan ini.

“Saya percaya, melalui produk pelancongan baharu ini, kita dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Asia dan juga negara luar lain untuk melancong ke Malaysia, seterusnya ini menjana pertumbuhan ekonomi negara,” kata beliau.


Sementara itu, pengarah Dinosaurs Alive Sdn Bhd Tony Gasser berkata pengunjung dialu-alukan untuk mendampingi haiwan berkenaan, termasuk jenis Tyrannosaurus Rex yang bersaiz besar dan digeruni, yang dibawa khas untuk pameran berkenaan.

"Tyrannosaurus Rex' adalah yang terbesar dalam kalangan haiwan berkenaan dan dicipta setinggi 9 meter dan panjang 25 meter,” kata beliau yang menjangka antara 5,000 hingga 6,000 pengunjung setiap hari.

Pameran itu adalah inisiatif Matic dengan kerjasama Creative Alliance and Dinosaurs Touring.

Tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak antara tiga hingga 12 tahun.

Diskaun diberi kepada kumpulan 10 orang atau lebih disamping kumpulan sekolah 20 pelajar atau lebih.

Untuk maklumat lanjut, layari www.dinosaursalive.asia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dinosaur , Matic

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan