Lintas Langsung Perkahwinan Tunku Aminah-Dennis Buat Bangsa Johor

Diterbitkan: Ahad, 13 Ogos 2017 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis perkahwinan puteri tunggal Johor yang dinantikan rakyat negara ini khususnya Bangsa Johor bakal dipancarkan secara langsung menerusi layar gergasi di dua lokasi di bandaraya Johor Bahru.

Majlis gilang-gemilang itu bakal menyaksikan pasangan diraja, Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim disatukan dengan pemuda pilihan hatinya yang berketurunan Belanda, Dennis Muhammad Abdullah.

Orang ramai berpeluang mengikuti lintas langsung istiadat perkahwinan diraja negeri itu yang diadakan di Istana Besar Johor pada malam Isnin.

Istiadat yang akan dilaksanakan dengan penuh adat warisan Melayu dan budaya Istana Johor bakal disiarkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada pukul 8 malam.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, puteri tunggal Sultan Johor dan Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris itu sedang menyiapkan mahligai baharu mereka sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.

Tunku Tun Aminah tertarik dengan Dennis Muhammad kerana perwatakan bakal suaminya yang baik dan lemah lembut.

"Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

"Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri, dan jauh dari ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office, pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, di sini Sabtu.

Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sebelah pagi Isnin ini, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah.

Manakala, di sebelah malam, pengantin diraja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.

Tags / Kata Kunci: Tunku Tun Aminah , Dennis Muhammad

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan