Katerer Selebriti, Pak Engku Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 7:15 AM

Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemilik Kuzie Katering, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan meninggal dunia di Hospital Pakar DEMC di sini Jumaat malam akibat penyakit kencing manis.

Anak bongsu Allahyarham, Raja Muhammad Harith Irfan, 17, berkata Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Engku, 57, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 malam.

"Arwah dimasukkan ke hospital semalam dan dibedah malam semalam," katanya ketika ditemui Bernama di lobi hospital malam Jumaat.

Allahyarham meninggalkan isteri Ramziah Samah, 47, dan tiga orang anak.

Renowned caterer prepares to serve PM's guests for Hari Raya


Jenazah Pak Engku akan disembahyangkan di Masjid Negeri sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam pagi Sabtu.

Pak Engku yang dilahirkan di Kampung Batu Laut, Banting, Selangor pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 1979 hingga 1981 sebelum menceburkan diri dalam bidang katering.

Berpengalaman luas dalam bidang katering dan hasil air tangannya yang sering mendapat pujian membolehkan beliau mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis besar golongan kenamaan termasuk pemimpin negara.

Antara majlis yang pernah dikendalikan Allahyarham ialah Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009 dan majlis rumah terbuka Aidilfitri Istana Negara pada 2011.

Dengan berbekalkan pengalaman yang luas serta minat mendalam terhadap bidang masakan, Pak Engku juga menghasilkan karyanya dengan menerbitkan beberapa buah buku yang mengandungi pelbagai resepi khusus buat para peminatnya.

Beliau juga cukup dikenali dalam kalangan artis dan menjadi penaung untuk persatuan artis veteran tanah air.

Tags / Kata Kunci: Pak Engku , Kuzie

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan