‘Gadis Cantik’ Di Pondok Jaga Sekolah?

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 8:00 AM

Kod warna cat 'gadis cantik'. Foto Facebook Firdauz Abdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pondok jaga di sebuah sekolah bukan sahaja ada kelibat pengawal keselamatan tetapi juga ‘seorang gadis cantik’.

Walau di malam hari, si ‘gadis cantik’ ini akan membuatkan sesiapa yang memandangnya terpukau.

Siapalah gerangan ‘gadis cantik’ ini yang setia menghuni pondok itu pada waktu malam? Bagi mereka yang tidak tahu, mendengarnya saja sudah boleh meremang bulu roma.

Namun ‘gadis cantik’ yang dimaksudkan sebenarnya adalah kod nama bagi cat yang dipilih seorang guru besar untuk menghiasi pondok jaga di sekolahnya.

“Petang ni aku ambil masa sikit nak survey (tinjau) harga barang-barang mentah untuk kerja-kerja baik pulih kemudahan sekolah. Sambil-sambil selak warna-warna cat yang ada tu, aku terpandanglah satu jenis warna ni. Memang jatuh hati terus!

“Nanti kau tengoklah pondok jaga sekolah aku, mesti terpikat setiap kali mata memandang. Harap tiadalah yang berhenti depan sekolah samata-mata nak ambil gambar dengan pondok jaga nanti,” kata Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin sambil memuat naik gambar halaman senarai kod warna cat di laman sosial, Selasa lalu.


Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas di Pontian, Johor memberitahu pemilihan warna tona jingga itu bersesuaian dengan campuran warna logo sekolah itu yang terdiri daripada kuning, merah dan putih.

“Saya perlu menulis kod nama cat yang dipilih bagi mendapatkan tong catnya. Bila tengok dalam buku macam tak percaya namanya ‘gadis cantik’. 

“Saya tanya pemilik kedai sama ada buku kod warna cat ni tersilap cetak. Tapi dia kata tidak. Tapi saya tak nampak pula ada kod warna cat lain menggunakan bahasa Melayu kecuali ‘gadis cantik,” katanya kepada mStar Online.

Ahmad Firdauz berkata, pihaknya berpendapat bahawa pondok pengawal SK Pekan Nanas wajar diberikan wajah baharu bagi menyerikan lagi kawasan sekolah.

“Kami beli satu tong cat warna ‘gadis cantik’ dan pondok jaga akan dicat menggunakan warna ini pada cuti sekolah nanti,” katanya. 


Kod warna ‘gadis cantik’ turut menarik perhatian kenalan Ahmad Firdauz di Facebook dengan memberikan pelbagai komen lucu.

'Nur Azlina Ariffin' berkata, nama cat tersebut sudah cukup membuat hati terpesona.

Bagi ‘Zhaf Fharul’, dia mengharapkan kualiti cat tersebut sepadan dengan namanya.

Sementara itu, 'Norhalimah Awang' berkata: “Wah! Ada cat gadis cantik rupanya. Jejaka tampan tak ada ke?”

Tags / Kata Kunci: gadis cantik

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan