SPRM Siasat Zahid Jika Ada Asas Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan menyiasat kekayaan seseorang jika dakwaan yang dibuat ke atasnya mempunyai asas di mana pemilikan kekayaan itu bersumberkan unsur rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata kekayaan atau berapa banyak duit yang dimiliki seseorang bukan suatu asas yang membawa kepada keperluan siasatan daripada suruhanjaya itu.

"Isunya sama ada harta tersebut diperoleh daripada rasuah atau salah guna kuasa...asas itu perlu ada.

"Orang boleh kaya tapi sumbernya yang penting untuk kita lihat kerana kalau sumbernya menjadi rasuah dan salah guna kuasa, barulah menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat," katanya mengulas sama ada SPRM akan menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kekayaan yang dimiliki.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan  Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di sini, Khamis.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendawa Ahmad Zahid mempunyai kekayaan mencecah RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan kenyataan itu telah disusuli dengan laporan polis oleh DAP.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata kenyataan itu bukan asas yang boleh membawa kepada siasatan apatah lagi pihak yang mendakwa juga mengakui tidak mempunyai bukti atas apa yang diperkatakannya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Zahid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan