Nama Calon Pengerusi Mara Dalam Tempoh Terdekat

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyerahkan senarai nama pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa calon yang layak untuk menggantikan Tan Sri Annuar Musa, yang tidak mahu menyambung jawatannya itu.

"Saya akan berbincang dan menyerahkan dua atau tiga nama. Terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan (siapa pengerusi Mara yang baharu)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh di sini, Jumaat.

Annuar, yang juga anggota Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan Umno, menyatakan beliau tidak akan menyambung jawatan sebagai Pengerusi Mara, yang tamat hari ini bagi memberi tumpuan terhadap parti.

Menghargai  jasa Annuar kepada Mara, Ismail Sabri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah lebih baik Annuar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap parti memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir.

Annuar dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 dan perkhidmatannya disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanapun, beliau digantung jawatan Pengerusi Mara sejak Januari lepas berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan.

Tags / Kata Kunci: Mara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan