Sarawak Rekod 92 Kes Baharu Gigitan Haiwan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 8:44 PM

Anjing peliharaan divaksin.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sarawak merekodkan 92 kes baharu gigitan haiwan merangkumi  42 kes  di Serian, 35 di Kuching, 12 di Samarahan dan tiga di Sri Aman.

Dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat,  Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkata daripada jumlah itu, 84 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 43 kes dan kucing 40 kes manakala lapan kes lagi melibatkan haiwan liar iaitu anjing (4), kucing (3) dan tikus satu kes.

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku sejak 1 April hingga ke hari ini berjumlah 2,062 kes,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut secara kumulatifnya seramai 882 orang telah menerima suntikan vaksin anti rabies.

Sehingga kini wabak rabies di Sarawak telah meragut lima nyawa melibatkan empat kanak-kanak dan seorang dewasa.

Sementara itu, mangsa terbaharu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Kampung Kuala Gedong di Samarahan dilaporkan kritikal di Hospital Umum Sarawak.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian dua hari lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Gigitan Haiwan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan