Dugong 'Sesat' Di Perkampungan Air Sandakan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Orang ramai diminta untuk tidak mengganggu dugong yang terperangkap di perairan cetek sebuah perkampungan air di Sandakan.

Satu pasukan pakar dari Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah telah menuju ke kampung itu manakala ranger hidupan liar memastikan haiwan yang spesisnya kian terancam itu selamat, selepas ia ditemui oleh penduduk kampung Sim Sim di Sandakan, Pantai timur Sabah kira-kira pukul 8.30 pagi Jumaat.

Pegawai hidupan liar Sandakan, Hussein Muin menggesa orang ramai supaya tidak mengganggu haiwan tersebut sementara menunggu ketibaan pakar marin dari Kota Kinabalu.

Beliau berkata dugong itu disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997.

"Saya harap semua orang dapat membantu usaha pemuliharaan," katanya.

Beliau berkata pasukan itu dijangka akan mengkaji mamalia tersebut, yang juga dikenali sebagai lembu laut.

Penduduk Kampung Sim Sim berkata dugong jarang-jarang dapat dilihat di kawasan mereka dan percaya ini adalah kali pertama mamalia itu muncul di kampung berkenaan.

Tags / Kata Kunci: dugong , Kampung Sim Sim

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan