Saya Pun Ada Juga!

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 10:00 PM

Marina menunjukkan sijil kelahirannya yang mempunyai tandatangan Tun M.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ramai 'orang lama' yang rupa-rupanya memendam rasa bangga apabila memiliki sijil kelahiran dengan tandatangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook, Norul Hisham Ahmad Tajuddin memuat naik gambar sijil kelahirannya yang ditandatangani Tun M pada tarikh 12 Mei 1971.

Selepas posting itu tular, seorang lagi pengguna terpanggil untuk berkongsi perkara sama bagi menunjukkan rasa bangganya memiliki tandatangan negarawan tersebut.

Marina Mansor, 47, berkata sebagai rakyat Malaysia dia amat bangga apabila menjadi salah seorang bayi yang pernah disuntik oleh Tun M, sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Katanya, dia sedar tentang tandatangan 'berharga' yang dibuat pada tanggal 10 Jun 1971 itu sejak sekolah rendah, tetapi tidak berpeluang berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan kerana ketika itu media sosial belum wujud.

"Sebelum ni tak cerita dengan sesiapa pun, tapi bila tandatangan Tun M diviralkan di FB, dapatlah juga saya kongsi dengan kawan-kawan di laman saya," katanya kepada mStar Online.

Suri rumah yang berasal dari Kuala Kedah, Kedah dan kini menetap di Taiping, Perak ini berkata, ibunya telah membawa dia dan arwah kakak kembarnya ke Klinik Maha di Alor Setar untuk suntikan vaksin ketika mereka berdua berusia setahun.

"Tun M sendiri yang bagi vaksin masa tu, dia sendiri yang rawat pesakit yang ke kliniknya, Klinik Maha di Alor Setar.

"Dulu mak saya kata Tun M kat klinik dengan pesakit pun cakap sopan santun, berbudi bahasa, kalau orang susah buat rawatan Tun M tak ambil bayaran," katanya.

Ibu kepada lima anak ini berkata, setakat ini dia hanya sekali pernah bertemu dengan Tun M ketika bekas perdana menteri itu hadir ke satu majlis perasmian di Kuala Kedah.

"Tapi masa tu ramai sangat orang, tak sempat bersembang apa pun," jelasnya.

Marina berkata dia bukan hanya sayangkan tandatangan Tun M, tetapi turut menghargai jasa-jasanya ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Katanya, dia akan terus menjaga sijil kelahirannya sebaik mungkin kerana jika ia hilang, mustahil untuk dia mendapat sekali lagi tandatangan Tun M.

"Saya akan 'laminate' sijil tu sebab sebelum ini saya ingatkan ia tak boleh di'laminate'," katanya.


Tags / Kata Kunci: tandatangan Tun M , Klinik Maha , Dr Mahathir

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan