Orang Penting FIC Dipanggil SPRM

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 11:15 AM

Mohd Azam Baki

Datuk Mohd Azam Baki

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua buah hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.

"Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam Selasa.

Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.

"Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank,"  kata Azam.

Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.

"Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah  atau salah guna kuasa," katanya.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Manakala SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , FIC , Datuk Mohd Azam Baki

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan