KWSP Tidak Rancang Jual Pegangan Dalam PLUS Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 4:31 PM

KWSP dan UEM Group Bhd yang memegang baki 51 peratus pegangan dalam PLUS. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak ada rancangan untuk menjual 49 peratus pegangannya dalam pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kerana pelaburan dalam syarikat itu memberikan pulangan yang baik bagi dana pencen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata dana pencen itu dan UEM Group Bhd, yang memegang baki 51 peratus pegangan dalam PLUS, memperuntukkan pelaburan yang besar dalam mengembangkan rangkaiannya, terutamanya di Lembah Klang.

UEM Group ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

"Pihak yang berminat mungkin memaklumkan kepada akhbar berhubung perkara itu. Tetapi kami tidak menerima tawaran belian daripada sesiapa sahaja berhubung pegangan itu. Tidak ada pelamar," kata Shahril Ridza.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permeteraian perjanjian perkongsian dengan International Training Centre of the International Labour Organisation (ITC-ILO) di sini pada Rabu.

Beliau berkata PLUS Malaysia memberi sumbangan besar kepada pendapatan KWSP.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Pegawai Program Kanan Perlindungan Sosial, Tadbir Urus dan Tripartisme ITC-ILO, Charles Crevier.

Shahril berkata demikian sebagai mengulas mengenai hasrat yang disuarakan oleh tokoh korporat Tan Sri Abu Sahid Mohamad untuk mengambil alih PLUS Malaysia menerusi syarikatnya Maju Holdings Sdn Bhd.

Menurut laporan media, Abu Sahid dipetik sebagai berkata beliau yakin dapat mencapai perjanjian itu, yang mungkin menelan kos RM30 bilion atau lebih, kerana beliau "telah bersedia segalanya".

Hartawan berkenaan juga dipetik sebagai berkata telah menerima restu di peringkat tertinggi berhubung perkara itu dan merancang untuk bertemu Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar bagi membincangkan pengambilalihan tersebut. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan