Nasib Baik Ada 'Abang Jaket Merah'

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Adakah anda akan meminjamkan motosikal kesayangan kepada orang asing yang ditemui di lebuh raya?

Muhamad Israq Esdizul, lelaki yang dipanggil 'Abang Jaket Merah' tidak teragak-agak untuk melakukannya.

Penyelia berusia 27 tahun itu telah menyerahkan kunci motosikal Kawasaki Ninja 150RR miliknya kepada Fathul Wafi Mohd Sokhih, 29, dan isterinya, Natasya Khairuddin, 24, ketika melihat mereka sedang menolak motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) selepas tayar belakangnya pancit.

Muhamad Israq tidak kisah membiarkan individu yang tidak dikenalinya menggunakan motosikal impian yang baru dibeli.

Dia simpati melihat pasangan muda tersebut berjalan sambil menolak motosikal di sepanjang lebuh raya.

Sebaliknya, dia telah menunggang motosikal Yamaha 125Z milik Fathul Wafi lebih dari 10km ke Setia Alam di Shah Alam, hanya untuk mencari sebuah bengkel, tetapi bengkel itu tutup.

'Abang Jaket Merah' adalah nama yang dicipta oleh netizen yang memuji sikapnya di Facebook selepas satu posting tentang dirinya dimuat naik oleh Natasya dan tular.

"Motosikal itu masih boleh dinaiki seorang individu, bukan naik berdua kerana rim akan rosak," kata Muhamad Israq ketika dihubungi.

Ketika ditanya mengenai kepercayaannya terhadap orang asing Muhamad Israq berkata dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

"Saya hanya mahu membantu dan jika diizinkan Allah, dapatlah mereka saya bantu.

"Saya pun pernah dibantu orang lain sebelum ini dan saya mahu melakukannya kepada orang yang memerlukan," katanya.

Fathul Wafi berkata dia terkejut apabila Muhamad Israq menawarkan motosikalnya.

"Saya terfikir 'betul ke ni?'. Kami sangat berterima kasih atas pertolongannya," katanya.

Natasya berkata dia begitu tersentuh dengan sikap Abang Jaket Merah menyebabkan dia hampir menitiskan air mata.

Tags / Kata Kunci: Abang Jaket Merah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan