MAHB Diarah Selesai Tunggakan RM70 Juta Malindo Air

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 9:43 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) supaya segera menyelesaikan isu berhubung kegagalan Malindo Airways Sdn Bhd, pengendali syarikat Malindo Air untuk menjelaskan tunggakan cukai lapangan terbang berjumlah kira-kira RM70 juta.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau membuat arahan itu ketika mengadakan pertemuan mengenai perkara itu dengan Pengerusi MAHB, Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail pada minggu lepas. 

"Saya telah mengarahkan MAHB untuk menangani isu ini. Mereka mengambil berat dan tidakan segera akan diambil bagi memastikan pembayaran dibuat mengikut masa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Lukisan Dinding Tapak Tangan Patriotik, di Jalan Genting Klang berhadapan Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (Pupalpot) pada Selasa.

Turut hadir Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan. 

Beberapa pihak sebelum ini terdiri daripada aktivis sosial Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Malindo Air yang gagal melunaskan tunggakan cukai lapangan terbang yang sepatutnya dikutip oleh pihak MAHB.

Menurut mereka, bayaran itu yang dikutip Malindo Air daripada penumpang, perlu dibuat berdasarkan tempoh ditetapkan dan tidak boleh ditangguhkan.

Menjawab dakwaan kemungkinan wujud unsur penyelewengan dalam isu itu, Liow berkata pihak yang membuat dakwaan perlu tampil mengemukakan bukti bagi membolehkan siasatan dibuat.

Sementara itu, pada perasmian lukisan dinding berkenaan, Teong Look berkata, lukisan tapak tangan itu adalah simbol mamaparkan tema semangat patriotisme rakyat Malaysia terhadap negara.

Beliau juga berharap dapat mengumpul kira-kira 60,000 tapak tangan orang ramai pada dinding sepanjang 600 meter itu sebagai simbolik sokongan rakyat terhadap sambutan kemerdekaan negara ke-60. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan