Sebak Ambil Sijil, Anak Sudah Tiada

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 9:06 AM

Fauzi menerima sijil daripada Khairy mewakili anaknya yang sudah tiada.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ia satu pengalaman bercampur baur bagi Fauzi Nazir, 56, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anak lelakinya pada majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS).

Ahli perniagaan itu beratur bersama-sama dengan graduan muda yang lain tetapi dia melakukannya untuk anak lelakinya, Mohd Amirul Izuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

"Saya amat berbangga tetapi pada masa sama sedih. Anak lelaki saya seorang yang rajin berusaha dan dia berjaya memperolehi CGPA 3.75.

"Malangnya, dia tiada di sini hari ini untuk menerima sijil tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik.

"Namun saya hadir untuk mengambil skrol itu dengan rasa bangga," kata Fauzi.

Mohd Amirul, 21, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah rakannya.

Insiden itu berlaku di Sungai Besar, Selangor.

Dia merupakan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

"Anak saya mahu mengikuti pengajian peringkat diploma selepas ini. Sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya, dia bekerja sambilan di syarikat pembuatan pintu kayu tempat saya bekerja di Johor," kata Fauzi.

Fauzi berkata dia menggalakkan anaknya untuk mengambil kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana merasakan ia menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik.

"Seorang lagi anak lelaki saya turut belajar di IKBN dan mengikuti pengajian kejuruteraan automotif. Bagi saya, bukan sahaja prospek pekerjaan yang bagus, belajar di IKBN juga berpatutan kerana tiada yuran dan elaun turut disediakan," katanya.

Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Tags / Kata Kunci: ILKBS , Fauzi Nazir

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan