PICKnGO Dilancarkan - Berita Semasa | mStar

PICKnGO Dilancarkan

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu lagi perkhidmatan e-hailing terbaharu, PICKnGO mula dilancarkan di Lembah Klang.

Ia mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 10,000 pemandu teksi berdaftar di sekitar Greater Kuala Lumpur.

Perkhidmatan itu merupakan cetusan idea lima syarikat teksi iaitu New Supercab Sdn Bhd, Uptownace (M) Sdn Bhd, Damai Kota Cab Sdn Bhd, Syarikat Pemandu dan Pemilik Teksi Bhd serta Perniagaan Lima Sejati Sdn Bhd.

Selain wang tunai, penumpang juga boleh menggunakan kad kredit atau debit di semua teksi PICKnGO menerusi terminal tempat jualan (POS) MPay +Pro mobile.

Pengarah Eksekutif Pick N Go Sdn Bhd, Valerie Chan berkata perkhidmatan itu lebih daripada sekadar aplikasi tempahan teksi kerana ia juga satu komitmen untuk menawarkan kemudahan lebih baik kepada pelanggan.

"Setiap pemandu teksi PICKnGO perlu menjalani latihan dan kenderaan mereka akan diperiksa sebelum bergelar pemandu yang sah.

"Kami sedang mentransformasi minda pelanggan dan pemandu kami.

"Ya, kami faham ia akan mengambil masa dan bukan mudah tetapi kita perlu bermula sekarang untuk bergerak seiring dengan pembangunan," katanya pada majlis pelancaran PICKnGO di pusat membeli-belah Sunway Velo-city di Cheras, Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang melancarkan perkhidmatan itu berkata Malaysia merupakan negara pertama yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing.

Jelas beliau, ia adalah satu cabaran meluluskan perkhidmatan tersebut dan Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain.

Aplikasi PICKnGO boleh dimuatnaik menerusi Google Play Store and Apple App Store.

Tags / Kata Kunci: PICKnGO
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan