GSC: Peraturan Larang Rakaman Dalam Pawagam

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 7:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peraturan pawagam tidak membenarkan sebarang rakaman dibuat semasa tayangan berlangsung, kata wakil Golden Screen Cinemas (GSC).

Beliau berkata, walaupun telefon bimbit boleh dibawa masuk ke dalam pawagam, peraturan jelas menyatakan bahawa rakaman dan fotografi dilarang.

"Peraturan pawagam kami telah dipaparkan di pintu masuk pawagam, yang menyatakan bahawa makanan tidak dibenarkan masuk dan fotografi atau rakaman tidak dibenarkan," tambahnya.

Wakil pawagam itu berkata, petugas pawagam akan memantau para penonton dan memeriksa sekiranya mereka menggunakan sebarang alat rakaman semasa tayangan. 

"Petugas pawagam akan membuat rondaan ke dalam dewan beberapa kali semasa tayangan filem. Anda mungkin tak nampak mereka, tapi mereka ada di sana," katanya.

Wakil pawagam itu mengulas mengenai penstriman video terhadap filem Melayu, Kau Yang Satu yang dibuat secara langsung di Facebook sehingga meraih lebih 200,000 tontonan sebelum ia dipadam.

Filem tersebut dirakamkan dari sebuah pawagam.

Sementara itu, pengarah filem, Osman Ali mengakui kecewa dengan perkara berkenaan dan berharap pihak produksi Global Station mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Saya kecewa selepas mendapat tahu hal ini malam Sabtu lalu ada individu yang sudah merakam secara haram dan sebarkan di internet keseluruhan filem berkenaan.

"Walaupun, individu itu sudah mengaku bersalah selepas pihak kami beri amaran, namun video tersebut sudah mendapat lebih 200,000 tontonan. Ia sudah pasti menjejaskan kutipan filem ini bagi minggu kedua," ujarnya kepada mStar Online.

Osman mengulas tentang tindakan seorang pemuda yang memuat naik rakaman filem penuh Kau Yang Satu.

Bagaimanapun, dia membuat permohonan maaf beberapa jam selepas itu dan berjanji untuk memadam video tersebut daripada laman Facebook peribadinya.

Dalam pada itu, Osman berpendapat, pemuda tersebut seharusnya diambil tindakan undang-undang agar memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

"Dia merayu agar tidak diambil tindakan, tapi bagi saya orang macam ni perlu diberi pengajaran kepada orang lain agar mereka tidak melakukan perkara serupa.

"Mereka tidak diajar untuk menghargai hasil kerja dan penat lelah orang lain. Sudahlah industri filem kita tenat, ditambah pula masalah sebegini," ujarnya.

Tambah Osman, dia sudah membawa perkara itu dalam perbincangan Persatuan Penerbit Filem Malaysia agar mengambil langkah terbaik untuk mengatasi perkara begini.

Filem adaptasi novel ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid dan Soo Wincci dan mula di pawagam seluruh tanah air pada 27 Julai lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan