‘Sayang Kau Biarpun Tujuh Kaki Bawah’

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 9:25 PM

Foto Facebook Ahteng Sepet

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun lebih empat bulan pemergian suami, namun perasaan rindu terus mencengkam jiwa wanita ini.

Benar jodoh, ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan, tetapi kerinduan yang terus menebal membuatkan wanita ini tidak pernah jemu menziarahi kubur arwah suaminya. 

“Puas hati aku hari ni dua kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca hari ni, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. 

“Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar dan tanah kubur kau je abang,” demikian luahan Fatin Nur Affira Yusof di laman sosial Facebook pada awal pagi Isnin sambil memuat naik gambar dan video semasa menziarah kubur suami, Allahyarham Kapten Sazali Sakiran.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Fatin menyampaikan mesej kepada teman-temannya dalam keadaan bergenang air mata.

Walaupun cuba mengukir senyuman dan berbicara dalam keadaan ceria, namun rasa kesedihan masih tidak dapat disembunyikan wanita ini.

Bagi Fatin, berpeluang mencium batu nisan di kubur arwah suaminya sudah cukup membahagiakan dan memberi ketenangan kepada dirinya.

“Dapat peluk cium batu nisan kau pun aku dah cukup seronok bahagia tau. Haih lah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau tujuh kaki kat bawah dah,” katanya.

Gambar kenangan Fatin bersama arwah suami.

Dalam kesempatan itu, Fatin turut bergambar swafoto di kubur di samping memberi penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Siapa kata suami dah tak ada aku tak boleh ajak selfie (swafoto)? Kau ada laki pun kadang laki kau tak nak selfie dengan kau. Lagi untung jadi aku, laki aku tak refused (tolak) aku ajak selfie. Hahahaha!”.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa sayu di samping memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus tabah dan mendoakan arwah suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Siapa kita sebagai manusia mahu melawan takdir, tetapi bukan bermakna sebagai isteri, Fatin perlu mematikan perasaannya selepas pemergian insan tercinta.

“Kepada sang suami, aku sayang kau. Tak pernah berkurang walau seinci. Rindu ni tak pernah berkurang walau sesaat. Jenguk-jenguklah bini kau ni dalam mimpi ye,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan