Berkompang Dari Kenduri Kahwin Ke Pavilion

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 5:46 PM

Kumpulan Kompang Lima Beradik membuat persembahan di luar pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur. Foto Facebook Kompang5Beradik

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu digegarkan dengan kehadiran lima jejaka sehingga mencuri perhatian ramai termasuk pelancong asing.

Mereka bukan kumpulan muzik lelaki atau ‘boyband’ dari luar negara sama ada Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) mahupun K-Pop dari Korea Selatan.

Namun persembahan nyanyian anak muda tempatan sambil bermain kompang dengan gaya tarian dan lenggok badan memukau khalayak.

Mereka sebenarnya merupakan kumpulan Kompang Lima Beradik yang semakin dikenali ramai selepas persembahan di kenduri kahwin tular di media sosial, terdiri daripada lima beradik iaitu Muhammad Khalid Lasim, 24, Ezzat Syafie, 21, Fahmi Azarul, 20, dan pasangan kembarnya, Fauzi Azizul dan Syamsul Arif, 17.

Menerusi video berdurasi kira-kira 20 minit itu, kelima-lima mereka yang berpakaian seragam warna hijau membuat persembahan nyanyian lagu-lagu Melayu sambil bermain kompang dan diiringi alat muzik moden, ‘bass drum’ di hadapan Pavilion. 

Fahmi berkata, persembahan tersebut sempena upacara pembukaan sebuah restoran di pusat membeli-belah di Bukit Bintang itu.

Walaupun kumpulan itu ditubuhkan sejak Mei tahun lalu dengan lebih 100 persembahan, tetapi Fahmi menyifatkan kemunculan mereka di Pavilion amat berbeza.

Ini kerana katanya, kumpulan kompang yang berasal dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek di Sepang, Selangor ini mengadakan persembahan di kenduri kahwin. 

“Kebiasaannya persembahan kami untuk majlis kahwin, bila acara yang berlainan, kita perlu ‘perah otak’ untuk pemilihan lagu dan gaya tarian yang bersesuaian.

“Penonton di Pavilion bukan orang Melayu sahaja, tetapi semua termasuk pelancong asing kerana ia merupakan lokasi tumpuan orang ramai,” katanya kepada mStar Online

Fahmi berkata, kumpulan Kompang Lima Beradik ini akan menyanyi lagu-lagu cinta yang antaranya akan diubah suai liriknya mengikut keadaan sambil menari dan bermain kompang dan ‘bass drum’.

Kebiasaannya kumpulan Kompang Lima Beradik membuat persembahan kompang di kenduri-kenduri kahwin.

Mengenai persembahan pada Sabtu lalu, Fahmi memberitahu pada awalnya ia dirancang di hadapan restoran di dalam Pavilion dan kemudian lokasi diubah ke luar pusat membeli-belah itu.

“Walaupun dimaklumkan lebih awal mengenai perubahan itu, tapi kami benar-benar tak sangka akan membuat persembahan di luar yang mempunyai lebih ramai penonton. Memang rasa berdebar sampai dah tak rasa peluh,” katanya secara berseloroh.

Namun anak kelima daripada 10 beradik ini memberitahu, ia merupakan peluang dan sumber rezeki yang cukup berharga serta menyuntik semangat kepada mereka untuk melakukan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Bagi kami, ia menunjukkan persembahan kompang yang selama ini lebih ditontoni orang Melayu, di majlis kahwin dan kampung-kampung semakin diterima semua.

“Kami bukan sahaja dapat menonjolkan bakat kami, malah memperkenalkan alat muzik tradisional kepada semua terutama orang asing,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Kompang Lima Beradik , Pavilion

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan