Tetap Setia Tunggu Ayah - Che Arisya

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: "Saya tidak akan pulang dan akan menanti sehingga abah ditemui," kata anak mangsa tragedi bot karam di muara sungai Kuala Dungun,di sini.

Che Arisya Qistina, 11, yang merupakan anak kepada Che Mohd Afendi Che Ismail, 34, berkata dia tidak akan berganjak dari pantai untuk mengikuti perkembangan pencarian bapanya.

Katanya kali terakhir mereka berjumpa lebih sebulan yang lalu dan ayahnya sempat berpesan supaya menjaga diri dan sentiasa menghubunginya.

Bagaimanapun pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Che Latiff, Kelantan itu tidak dapat menghubungi bapanya kerana tidak mempunyai telefon.

"Saya hanya menemui abah sekiranya pulang ke kampung di  Besut walaupun kurang bersua, namun kami tetap rapat selepas emak dan abah bercerai.

"Kalau abah tak jumpa, saya tak akan balik, kalau abah jumpa baru saya balik harap-harap boleh jumpa abah. Saya sudah beritahu cikgu tidak dapat ke sekolah nak tunggu abah sampai jumpa," katanya.

Pada Rabu lalu empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke Jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira 10 malam.

Mangsa yang masih hilang ialah Che  Mohd Afendi Che Ismail, 34; Mohamad Zawawi Mohamed, 27, dan Abdul Wahab Zakaria, 44.

Seorang lagi mangsa Mohd Shahrin Yaccob, 33, berjaya menyelamatkan diri selepas tiga jam berenang ke daratan manakala mayat abangnya Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui kira-kira 8.50 pagi Jumaat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bot karam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan