Dua Kanak-Kanak Dipaksa Tonton Video Lucah

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 6:55 PM

Gambar sekadar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita mendakwa dua anak lelakinya dipaksa menonton video lucah dan meniru aksi tersebut di rumahnya di Sungai Buloh, Sungai Siput, kira-kira 50 kilometer dari sini, dalam satu kejadian minggu lepas.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata susulan itu wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 10 pagi Jumaat.

Dia mendakwa suspek yang juga sepupunya berusia 29 tahun, menunjukkan video lucah melalui telefon bimbit kepada kedua-dua anaknya yang berumur  sembilan dan sepuluh tahun, kata Gan.

Beliau berkata wanita itu turut mendakwa suspek yang merupakan pekerja kontrak Angkatan Pertahanan Awam kemudian memaksa kanak-kanak terbabit meniru aksi berkenaan.

"Selepas kejadian tersebut, mangsa diberi RM4 supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa," katanya.

Susulan itu polis menahan suspek yang jantinanya tidak didedahkan dan dia kini direman empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14(b) dan Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tags / Kata Kunci: Video Lucah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan