Md Raus Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 9:48 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) menyampaikan watikah kepada Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif (kiri) pada istiadat mengangkat sumpah Ketua Hakim Negara di Istana Negara malam Jumaat. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Md Raus Sharif mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun semalam, berkuatkuasa Jumaat.

Md Raus menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Pada 1 April lepas, Md Raus dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-14 bagi menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara pada usia 66 tahun dan 6 bulan pada 31 Mac lepas.

Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun.

Sebelum ini, Md Raus sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dilanjutkan perkhidmatannya selama enam bulan dari 4 Feb ke 3 Ogos.

Pada tempoh sama,  beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu  pada 1 April.

Pada 7 Julai lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata Md Raus menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Md Raus Sharif , Ketua Hakim Negara

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan