Pengunjung Kendurian Mengamuk, Hanya 30 Peratus Buah Masak!

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat orang ramai untuk menikmati durian secara bufet tidak kesampaian apabila acara yang dinanti-nantikan itu dihentikan sementara waktu, tidak sampai dua jam selepas ia berlangsung.

Penganjur Food Mega Festival, Mohd Izrul Hanafiah berkata acara Kendurian yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dari 10.30 pagi hingga 11.30 malam itu terpaksa dihentikan sementara waktu kerana masalah bekalan.

"Memang kita ada masalah dengan stok 20 tan durian untuk hari ini yang mana kita dapati hanya kira-kira 30 peratus sahaja durian yang dibawa telah masak, menyebabkan Kendurian terpaksa dihentikan sementara waktu pada tengahari.

"Sebagai penganjur kita terpaksa akur dengan apa yang berlaku, kita jangkakan stok durian akan tiba selewat-lewatnya petang ini (Sabtu)," katanya kepada mStar Online.

Menurut Mohd Izrul, festival makanan nombor 1 Asia itu bagaimanapun masih berlangsung seperti biasa di Shah Alam dan pengunjung masih boleh menikmati aneka makanan lain yang ditawarkan oleh lebih 100 vendor yang menampilkan 1,000 menu makanan terbaik Malaysia.

Mohd Izrul berkata apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak diduga, memandangkan perbincangan rapi mengadakan Kendurian telah dibuat dengan pengusaha-pengusaha yang mengambil bahagian.

"Mereka mengaku memang ada masalah sikit dengan durian, tapi tak adil untuk kita batalkan terus Kendurian sebab mereka (pengusaha) dah banyak melabur untuk acara ini.

"Mereka berjanji baki kira-kira 40 tan durian lagi akan tiba petang ini untuk dinikmati pengunjung yang datang petang ini dan esok," katanya.

Mengenai ribuan pengunjung yang mengamuk dan hampa dengan apa yang berlaku, Mohd Izrul berkata pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk menangani isu ini dengan segera.

"Sebagai penganjur kita dah jalankan tanggungjawab, kita dah buat pengumuman acara dihentikan sementara, dan dalam masa sama kita berusaha minta bekalan durian dari Perak dibawa secepat mungkin," katanya.

Beliau berharap pengunjung yang sudah berada di lokasi dapat menikmati makanan lain yang tak kurang enaknya dan dapat meneruskan aktiviti hujung minggu mereka di acara itu bersama keluarga dan rakan-rakan seperti yang dirancang.

Food Mega Festival memasuki tahun kedua penganjurannya yang menawarkan program durian bufet terbesar untuk peminat setia buah-buahan ini.

Hanya RM19 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun menyebabkan ramai tertunggu-tunggu untuk hadir ke pesta makan durian ini.

Tags / Kata Kunci: Kendurian , Foodmegafestival

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan