Hati-Hati Pengguna Tandas Lelaki! - Berita Semasa | mStar

Hati-Hati Pengguna Tandas Lelaki!

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki diserahkan kepada polis gara-gara membuat onar di tandas lelaki di sebuah pusat membeli belah di Seri Kembangan.

Lelaki tersebut  yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan ditangkap ketika cuba merakam 'kaum sejenisnya' yang sedang membuang hajat.

Seorang pengguna Facebook Mazrul Hisham memuat naik status berkongsi pengalaman di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5 petang semalam (Jumaat) di Mines. Selepas solat Asar saya dengar ada orang menjerit di tandas lelaki.

"Saya terus ke sana dan melihat seorang staf Celebrity Fitness sedang memegang seorang lelaki.

"Rupanya kantoi merakam di tandas dengan telefon bimbit. Kami terus bawa dia (suspek) ke pejabat pengawal keselamatan.

"Pada mulanya kami mahu lepas sahaja, sebabkan kasihan. Tetapi apabila melihat klip-klip video dalam 'handphone'nya tu, terus kami hubungi polis," jelas Mazrul kepada mStar Online.

Menurut Mazrul, dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan hanya memuatnaik status dan gambar hanya untuk peringatan.

"Saya 'cuak' juga kot-kot klip turut rakam saya di tandas tu sebab sebelum kejadian, lebih kurang 15 minit saya masuk ke situ.

"Nasib baik 'takde'. Cuma saya malu melihat pelbagai adegan dalam handphone tu. Malah bukan di tandas itu sahaja di tempat lain pun dia buat hal.

"Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan. Lebih-lebih lagi suspek ni merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti berdekatan.

"Kami serahkan kes ini kepada polis sahaja," ujarnya.

Mazrul berharap kejadian seperti ini perlu diambil tindakan tegas kerana ia melibatkan maruah seseorang.

Tags / Kata Kunci: Kantoi , Toilet
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan