Mara: Annuar Serah Surat Kepada PM

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 1:12 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

KUALA BERANG: Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) selepas empat tahun menyandang jawatan berkenaan yang bakal tamat pada 11 Ogos ini.

Katanya beliau sendiri telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Ogos lepas memohon pertimbangan untuk tidak dilantik semula ke jawatan itu.

“Saya fikir masih ramai teman saya yang layak belum merasa untuk memegang jawatan berkenaan dan saya cadangkan (Najib selaku) presiden Umno memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan tersebut.

"Bagi kepada orang lain untuk menyambung legasi ini dan saya bersyukur sepanjang Mara berada di bawah saya, tidak ada sebarang kontroversi yang berlaku serta keuntungan Mara meningkat… saya turut pertahankan perkara-perkara tertentu walaupun kadang kala saya tidak disukai oleh orang tertentu," katanya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini, malam Jumaat.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dilantik sebagai pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 dan khidmatnya itu disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanapun, beliau digantung sebagai pengerusi Mara pada 31 Januari lepas susulan isu penajaan UniKL dan dakwaan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan itu jika dilantik semula, Annuar berkata: “Najib perlu meneliti rekod tugas dilakukannya sepanjang menjawat jawatan itu”. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Musa , pengerusi Mara

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan