Tidak Wajar Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata adalah tidak wajar bagi Malaysia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar kerana tindakan sedemikian hanya akan meminggirkan negara itu.

Katanya langkah itu juga akan menyempitkan peluang Malaysia serta negara ASEAN lain untuk menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

"Hubungan dua hala antara Malaysia dan Myanmar yang berada pada tahap baik pada waktu ini telah membolehkan misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' disempurnakan dengan jayanya pada Februari 2017.

"Kerajaan Myanmar telah menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia dan NGO (badan bukan kerajaan) yang dipimpin oleh YB Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim). Mereka juga telah memberikan kerjasama penuh bagi memastikan proses pengagihan barang-barang keperluan kepada komuniti yang terjejas di Rakhine berjalan lancar," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Reezal Merican berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang memutuskan hubungan dilplomatik dengan Myanmar.

Reezal Merican juga berkata Malaysia akan terus mengekalkan penglibatan yang membina dalam hubungan bilateral dan multilateral dengan kerajaan Myanmar untuk mencari punca masalah dalam isu penindasan etnik Rohingya di Rakhine.

"Isu mengenai etnik Rohingya di Myanmar sememangnya amat kompleks dan perlu ditangani secara tuntas melalui pendekatan 'constructive engagement' (penglibatan membina) yang dilihat lebih berkesan untuk jangka masa panjang," katanya.

Pada waktu ini, perkembangan menunjukan kerajaan Myanmar lebih responsif kepada syor yang telah dikumpulkan oleh Suruhanjaya Penasihat Rakhine yang ditubuhkan pada Ogos tahun lalu di bawah pimpinan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Kofi Annan.

Laporan interim daripada suruhanjaya itu telah dikeluarkan pada 16 Mac lepas yang antara lain mengandungi 29 syor bagi memulihkan keadaan di Myanmar dan laporan akhir dijangka dibentang pada akhir bulan ini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Hubungan Myanmar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan