Vida Menangis Sendirian Tengah Malam

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida mengakui menangis bersendirian pada tengah malam atau awal pagi di banglo baharunya di Meru, Ipoh.

Ketika ditemui mStar Online baru-baru ini penyanyi lagu I am me itu berkata, walaupun mempunyai empayar perniagaan dan dilihat sempurna namun dirinya juga adalah manusia biasa yang tidak mampu menahan air mata daripada menitis.

"Apabila duduk seorang diri pada tengah atau awal pagi sambil solat, saya akan memohon kepada Allah, kita kena terus berdoa dan minta ampun.

"Ketika itulah saya tak dapat tahan, saya akan menangis sepuas-puasnya kerana kepada Dia sahaja tempat saya mengadukan segala-galanya.

"Saya akan meluahkan apa sahaja pada waktu itu sehinggakan apabila saya teringat balik, saya akan menangis sekali lagi.

"Begitu juga apabila saya ingin doa sesuatu, apabila kita memohon ni kenalah bersungguh-sungguh," katanya.

Vida menambah, segala tindakanya termasuk tampil sebagai penyanyi bukan untuk meraih populariti sebaliknya bagi memasarkan produknya.

Menurutnya, sebagai pemilik kepada sebuah empayar perniagaan, beliau  tidak boleh berdiam diri dan mengupah pihak ketiga tetapi perlu tampil sendiri untuk melakukan aktiviti pemasaran.

"Saya pernah upah orang lain untuk buat marketing tapi ia tidak berkesan. Sebab itu saya sendiri perlu ke depan.

"Pada masa sama saya juga ingatkan diri dan memohon ampun segala kesilapan kerana saya juga manusia biasa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Vida , I am me , Qu Puteh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan