Pegawai SPRM Ambil Dokumen Di Menara Felda

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 1:38 PM

-fotoTHESTAR/RajaFaisalHishan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di Menara Felda di sini pagi Rabu, dipercayai untuk mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian hotel di London, United Kingdom dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Invesment Corporation (FIC).

Pasukan penyiasat yang dianggotai empat pegawai itu tiba di Menara Felda pada kira-kira 10.17 pagi.

Petugas media yang mendapat maklumat mengenainya berkumpul di pintu masuk utama bangunan itu sejak 9 pagi untuk membuat liputan perkembangan terkini perkara itu.

Pada Jumaat lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Setakat ini, lima individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada 2014.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: FIC , Menara Felda

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan