SPR Perjelas Video Umum Tarikh PRU14

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada Oktober ini, selepas tersebarnya satu klip video yang menunjukkan pegawai-pegawainya sedang menjalankan latihan simulasi bocor.

Dalam video 39 saat itu, seorang lelaki dilihat membuat pengumuman dalam sebuah bilik, menyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 13 Oktober tahun ini.

Berdasarkan rakaman yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp itu, garis kuning SPR telah digunakan mengawal mereka yang berada di dalam bilik tersebut.

SPR dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak Selasa.

"Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

"SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan  reputasi SPR.

"Pengurusan tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka," menurut kenyataan tersebut.

Tags / Kata Kunci: PRU14 , SPR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan