Selekeh Imej, Segak Ilmu

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kisah tular dua jejaka berambut panjang yang suaranya begitu merdu ketika melontarkan ayat-ayat al-Quran sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat terhadap individu yang sengaja memilih untuk berimej selekeh.

Mendengar kelunakan suara mereka, rata-rata netizen kagum dengan dua pemuda warga Inodonesia itu, malah ada yang berpandangan lafaz dan tajwid pada bacaan mereka hampir sempurna.

Muhammad Fajri Radeah, 21, ketika dihubungi mStar Online berkata dia tidak berniat untuk riak atau menunjuk-nunjuk kemahiran yang ada pada dirinya kepada umum apabila memuat naik beberapa video dirinya sedang bertaranum di Facebook.

Dia yang datang dari Lombok dan kini bekerja sebagai buruh binaan di Semenyih, Selangor berkata, apa yang dilakukannya hanya untuk berkongsi tentang aktiviti masa lapang yang sering dilakukannya bersama rakan-rakan di Facebook.

"Saya buat ini hanya untuk mengisi kekosongan masa, tiada niat untuk riak, saya tahu riak itu dilarang Allah, berdosa," katanya.

Muhammad Fajri berkata, biasanya dia akan membaca beberapa surah pada waktu rehat di ruang kecil di rumah kongsi tapak pembinaan tempat dia bekerja.

Jika berkesempatan dan bergantung kepada 'mood', dia akan merakam bacaannya dengan cara menyandarkan telefon bimbitnya di dinding.

"Tidaklah selalu, kadang-kadang sahaja. Kalau baca di rumah kongsi rakamannya kurang jelas berbanding bacaan di ruang tertutup dan ada air-cond," katanya.

Menurut Muhammad Fajri selain mengisi masa lapang, dia juga ingin mempraktikkan teknik bacaan al-Quran yang telah dipelajarinya selama tiga tahun di sekolah pondok sebelum berhijrah ke Malaysia.

Jelasnya, dia juga pernah mengajar Iqra kepada kanak-kanak di kampungnya sebelum bekerja sebagai buruh.

Mengenai rambutnya yang panjang, Muhammad Fajri berkata dia sedar tentang persepsi negatif masyarakat terhadap individu yang berpenampilan seperti itu.

Katanya, dia bersikap terbuka terhadap komen dan cadangan rakan-rakan di Facebook yang meminta supaya dia mengubah sedikit penampilannya menjadi lelaki Muslim yang lebih kemas.

Justeru, dia telah mengambil keputusan untuk memotong sedikit rambutnya supaya kelihatan lebih rapi, kira-kira dua minggu lalu.

"Sebenarnya inilah kali pertama saya simpan rambut panjang. Saya faham apa orang sekeliling cakap, saya tak mahu lagi berambut panjang, rasa malu dan tak sedap bila orang lain bercakap tentang rambut panjang saya di ruangan komen Facebook.

"Ada betulnya apa yang orang lain anggap, lelaki memang tak boleh berambut panjang, hal itu jelas," katanya yang meminati penyanyi Saleem dan kumpulan XPDC.

Selain gambar dan video Muhammad Fajri, gambar seorang pemuda berambut rasta yang menjadi imam ketika solat juga tular dan mendapat pujian netizen.

Difahamkan, jejaka dari Jakarta itu yang dikenali sebagai Topan adalah seorang pelakon di negaranya.

Selepas videonya tular, ramai yang tidak menyangka pelakon tersebut mempunyai satu lagi bakat terpendam yang luar biasa sehingga ada yang berpendapat bacaannya mirip bacaan Imam Masjidil Haram, Syekh Abdul Rahman Al'ausy.

Tags / Kata Kunci: rambut rasta , baca Quran , suara merdu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan