Patung ‘Annabelle’ Naik MRT?

Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 5:30 PM

Patung 'Annabelle' naik MRT. Foto Facebook 'Rapid KL'

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kecoh apabila patung yang pernah terkenal selepas menjadi watak utama dalam filem seram, Annabelle tiba-tiba 'dikesan' menaiki Transit Aliran Massa (MRT).

Dua gambar patung misteri itu dimuat naik di halaman Facebook ‘Rapid KL’ pada petang Selasa, masing-masing menunjukkan ia sedang duduk di dalam tren MRT dan ditinggalkan keseorangan di atas mesin pengimbas tiket di sebuah stesen, dipercayai di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC.

“Kepada pelanggan yang dihargai, baru-baru ini kami menerima kunjungan mengejut dari Annabelle. Jaga tingkah laku anda semasa berada di dalam tren kami atau dia akan menghantui anda selama-lamanya,” menurut keterangan itu.

Walaupun baru sejam gambar patung Annabelle dimuat naik, ia telah dikongsikan lebih 2,000 kali dan menerima pelbagai reaksi netizen yang melucukan.

“Jangan ‘admin’, aku ni cepat melatah. Nanti tak pasal-pasal aku jadi viral (tular) dalam page ni,” kata Mokhzani Mohamad.

Menurut Farah Amirah: “Aku tak nak balik lambat lagi, nanti Annabelle ikut.”

‘Thivyamalini Ramalu’ pula bertanya: “Annabelle dapat separuh harga juga ke?”

Ia merujuk kepada potongan sebanyak 50 peratus kepada semua pengguna MRT, LRT, Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula 18 Julai hingga 31 Ogos ini sempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang pada 17 Julai lalu.

Malah segelintir netizen menyifatkan ‘gurauan’ itu sebagai mempromosikan filem seram Annabelle 2 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam seluruh negara.

Bagaimanapun ‘admin’ Facebook Rapid KL turut tidak terkecuali berjenaka apabila dilabelkan sebagai kelakar: “Sebenarnya ‘admin’ tak nampak apa pun kat gambar tu. Korang nampak ek?”

Sejak kebelakangan ini, ‘admin’ halaman Facebook bagi ‘Rapid KL’ menghiburkan pengikutnya namun sarat dengan mesej sebagai kesedaran awam.

Patung 'Annabelle' dikesan di atas mesin pengimbas tiket dipercayai di stesen LRT KLCC.

Pada Isnin, sekeping gambar seorang penumpang yang berbaring di atas kerusi di dalam tren dimuat naik dengan keterangan menggunakan lirik lagu ‘I Am Me’ nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang telah diubah suai.

“Come to me, sayang sayang sayang. Say with me, sayang sayang sayang. Please don't sleep, sayang sayang sayang. On MRT, sayang sayang sayang,” kata ‘admin’.

Antara lain pengguna perkhidmatan itu dinasihatkan supaya memberi tempat duduk yang kosong kepada orang lain, tidak makan di dalam tren, tidak membuat sampah merata-rata dan tidak bergayut pada kemudahan pemegang besi.

Tags / Kata Kunci: Annabelle

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan