Memang Banyak, Hampir 20 Warna - Lelaki 'Kanta Lekap'

Diterbitkan: Isnin, 31 Julai 2017 10:03 AM

Wahyuddin dilabelkan sebagai lelaki 'kanta lekap' kerana sering memakai kanta lekap pelbagai warna. Foto Instagram wahyualmahdali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara sering bertukar kanta lekap pelbagai warna selain mempunyai kulit putih mulus, seorang lelaki menjadi perhatian dalam laman media sosial.

Beberapa gambarnya tersebar di laman sosial sehingga timbul pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Ada yang memuji ketampanan pemuda berusia 25 tahun ini persis model antarabangsa dan tidak kurang mempertikaikan tindakannya yang tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang lelaki.

Anak kelahiran Tawau, Sabah ini, Wahyuddin Syed Yunus ketika dihubungi mStar Online mengakui dia sering memakai kanta lekap berlainan warna sama ada menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial mahupun di khalayak.

"Saya mula memakai kanta lekap sejak kecil, masa darjah enam. Saya bukan suka-suka pakai, tetapi memang memerlukannya kerana rabun.

"Ada juga saya memakai cermin mata jika tidak mengenakan kanta lekap. Semua ada 'power'," kata anak kedua daripada empat beradik ini.

Warna mata Wahyu yang sebenar adalah coklat gelap kehitaman.

Mengenai kanta lekap, pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Wahyu ini memberitahu sehingga kini hampir 20 warna bagi aksesori itu telah dipakainya.

Bagaimanapun, dia tampil menjelaskan bahawa penampilan berkenaan disebabkan dia menjual kanta lekap selain produk kecantikan dan penjagaan kulit yang diusahakan bersama ibunya.

"Mata saya yang asli berwarna coklat gelap kehitaman dan dulu kanta lekap yang saya gunakan tiada warna. Sekarang bila jual kanta lekap, sudah tentu saya mahu berekspesi dengan macam-macam warna.

"Banyak warna yang saya pakai, hampir 20 jenis termasuk dari koleksi peribadi. Tapi saya hanya pakai satu warna pada satu-satu masa.

"Ingin saya perjelaskan bahawa semua kanta lekap yang dipakai terutama untuk jualan adalah warna-warna yang natural, bukannya pelik-pelik. Saya pun tak berani pakai dan orang pun tak akan beli," katanya yang menyukai kanta lekap warna coklat dan kelabu.

Kebanyakan warna kanta lekap yang dipakai Wahyu bagi berekspresi dengan warna untuk menjual produk itu.

Mengenai segelintir netizen yang menyangka dia adalah warga asing, pemuda kacukan Arab ini menjelaskan dia adalah rakyat tempatan sambil berkata: "Ada yang ingatkan saya ni orang putihlah, orang Korea. Kalau pakai cermin mata pula orang sangka saya ni Cina."

Walaupun dikecam netizen, Wahyu tidak menafikan kuasa tular turut memberikan kesan positif apabila semakin ramai yang mahu membeli produk jualannya.

Namun bagi kanta lekap, katanya, dia sedang menunggu bekalan kanta lekap baharu sebelum boleh memenuhi permintaan pelanggan.

Malah kata Wahyu, dia turut ditawarkan menjadi model dan pelakon selepas gambarnya tersebar di media sosial.

"Bagaimanapun buat masa ini, saya belum bersedia ke arah itu. Mungkin saya kurang yakin untuk menjadi model atau pelakon.

"Tapi tak tahulah akan datang. Biarlah saya tumpukan perniagaan ini terlebih dahulu," katanya yang meminati pelakon Korea, Lee Dong Wook.

Tags / Kata Kunci: Wahyuddin Syed Yunus , Kanta Lekap

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan