Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia Tiba Di Makkah

Diterbitkan: Isnin, 31 Julai 2017 9:54 AM

Jemaah haji Malaysia tiba di bangunan penginapan di Maktab 74 dan 75 di Hotel Abraj AlJanadriyah pada Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Kumpulan pertama 278 jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 5 pagi Ahad waktu Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, pada 8 pagi Ahad waktu tempatan (1 petang Ahad waktu Malaysia).

Kesemua jemaah berkenaan kemudian menaiki empat buah bas, dan tiba di maktab penginapan 74 dan 75 pada 2 petang Ahad waktu tempatan (7 malam Ahad waktu Malaysia) di Hotel Abraj AlJanadriyah di sini, yang turut menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah.

Ketibaan rombongan jemaah itu, disambut Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin, pengurusan tertinggi TH Makkah serta wakil pengendali jemaah haji di Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara dan petugas TH.

Mereka disambut dengan alunan nasyid dan diberikan air zam zam.

Rombongan jemaah itu tiba dengan berihram dan dijadual melaksanakan umrah pada sebelah malam, Ahad.

Penerbangan kedua membawa 420 jemaah haji dari KLIA akan tiba di Makkah, pada malam Ahad.

Dalam pada itu, kumpulan awal jemaah haji Malaysia yang berlepas dari KLIA dan tiba di Madinah pada 24 Julai lepas, dijadual bergerak ke Tanah Suci Makkah pada 2 atau 3 Ogos ini.

Keseluruhan sebanyak 112 pe nerbangan membawa 30,200 bakal haji akan bertolak secara berperingkat, sama ada ke Madinah atau Makkah, dengan penerbangan terakhir musim haji kali ini pada 26 Ogos.

Sementara itu, TH mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat memohon kelancaran perjalanan operasi haji pada tahun ini, di Ibu Pejabat TH Makkah, Sabtu malam.

Majlis itu yang turut dihadiri Nurrin Anuwar, juga memohon supaya kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan pengeluaran visa di tanah air dapat diatasi. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan