Pertimbang Pesawat Boeing Dari Sibu

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 4:29 PM

Laluan Sibu-–Kota Kinabalu dan Sibu-–Singapura dalam perancangan untuk dibuka bagi menarik lebih ramai pelancong asing. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kementerian Pengangkutan diminta mempertimbangkan penggunaan pesawat Boeing bagi laluan Sibu-–Kota Kinabalu dan Sibu-–Singapura untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke bandar ini dan ke wilayah tengah negeri ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, ia adalah penting bagi memajukan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Menurutnya, hubungan udara yang terhad dan struktur tambang yang mahal merupakan halangan utama dihadapi dalam mempromosi dan membangunkan industri pelancongan di wilayah berkenaan.

“Hubungan udara dengan negeri jiran Sabah dan negara terdekat Singapura dengan kita di Sibu adalah sangat terhad selain kadar tambang mahal,” katanya sambil menambah perkara itu menjadi penghalang utama dalam membangunkan industri pelancongan di situ.

Beliau berucap semasa menutup Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2017 anjuran Majlis Perbandaran Sibu (SMC) di Dataran Sibu di sini malam Sabtu yang berlangsung sejak 19 Julai lalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sibu

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan