E-hailing: Kemajuan Penting Demi Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber  dan Grabcar baru-baru ini merupakan kemajuan penting untuk penduduk awam Malaysia, menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Ia (pengesahan khidmat) menunjukkan pengangkutan awam Malaysia sedang menuju era digital (dengan menyediakan khidmat digital). Kita yakin ia akan menjadi perkhidmatan yang lebih cekap. Saya percaya ini perkembangan penting untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan ke 45 Young Malaysians Movement (YMM) di sini pada Ahad.

Kira-kira 300 anggota pertubuhan sukarela bagi belia Cina itu berhimpun di majlis  tersebut  yang dihadiri oleh presiden YMM Chew Sir Boon dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Tiong Lai berkata, pengesahan perkhidmatan itu akan juga membantu negara mencapai 40 peratus sasaran saham modal pengangkutan awam menjelang 2030.

“Menjelang 2027, projek Transit Aliran Massa akan siap dan ketika itu semua  hubungan  dalam  bandaraya akan benar-benar lengkap… semua ini akan meningkatkan lagi pengangkutan awam di Malaysia,  bagi mencapai sasaran 40 peratus,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, Malaysia mencipta sejarah sebagai negara  pertama yang mengesah dan mengiktiraf perkhidmatan e-hailing seperti Uber  dan  Grabcar sebagai perkhidmatan pengangkutan awam bila rang undang-undang berkenaan diluluskan Parlimen Khamis lepas (27 Julai).- Bernama

Tags / Kata Kunci: e-hailing

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan