Ahmad Maslan Tunjuk Skil Lagi

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ahmad Maslan (gambar) sekali lagi menunjukkan bakat terpendam menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Twitter pada Ahad.

Menu ringkas ayam goreng terung pipit yang disediakan mencuri perhatian netizen.

Bagaimanapun lebih ramai netizen yang tertarik dengan sesuatu yang ada di dapur Ahli Parlimen Pontian tersebut, sekali gus mengimbau postingnya beberapa tahun lalu.

"Resepi asli: ayam goreng terung pipit...Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing," tulisnya sambil mengongsikan beberapa keping gambar hidangan berkenaan.

Sekali lagi alat penyembur serangga diletakkan berhampiran tempat memasak hingga ia menimbulkan kebimbangan netizen kerana ia boleh membahayakan nyawa.

Terdahulu, posting Ahmad tentang kebolehannya menyediakan 'nasi goreng campur resepi tiada GST' telah tular pada Jun 2015.

Entri itu turut menunjukkan alat penyembur serangga diletakkan di atas meja yang hampir dengan dapur gas.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan