Malaysia Kutuk Serangan Peluru Berpandu Makkah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan  menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.

"Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah," kata kenyataan itu.

Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai 'Burkan-1',  yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Wisma Putra berkata Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paliung sibuk di negara itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Makkah , Houthi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan