Saya Tidak Akan Kembali Ke Umno - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan kembali ke Umno, walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi Perdana Menteri.

Bekas perdana menteri itu membuat pengakuan di dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersama Malaysia dengan mendakwa bahawa Umno telah musnah dan tersesat daripada perjuangan terasnya.

"Ia tidak lagi mengenai perjuangan untuk bangsa, agama dan negara," kata pengerusi Pribumi pada Jumaat.

Dr Mahathir, yang merupakan bekas presiden Umno, menjawab soalan sama ada beliau akan kembali kepada parti jika Najib bukan Perdana Menteri.

"Saya tidak akan kembali kepada Umno kerana Umno telah musnah yang hanya mengutamakan perjuangan untuk 'dedak'," katanya.

Dr Mahathir membentuk Pribumi bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2016.

Pribumi telah menyertai blok pembangkang Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pakatan Harapan baru-baru ini mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dan Dr Mahathir sebagai pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua serta presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Pakatan.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan