Peserta Jepun Juara PABM 2017

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 7:41 AM

Dari kanan, Pemidato Malaysia Noor Haqim Noor Hamidon, Lisa Shimazaki (Jepun) dan Abdul Matin Mohamad Azeem (Afghanistan) muncul juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Rabu malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peserta dari Jepun, Lisa Shimazaki  dinobatkan Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2017 (PABM) bagi kategori Antarabangsa di sini, Rabu malam.

Pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies  itu memilih tajuk ‘Bahasa Bukan Sekadar Alat untuk Berkomunikasi, Bahasa Adalah Segala-galanya’ berjaya mengalahkan dua lagi pesaing dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, piala Perdana Menteri dan hadiah iringan serta sijil.

Bagi kategori sama, peserta dari China, Ma Xiao yang memilih tajuk ‘Membaharui Sistem Pendidikan, Mengatasi Cabaran Ekonomi’ diumumkan sebagai naib johan manakala peserta Uzbekistan Rimajon Sotlikova dengan tajuk ‘Peranan Bahasa Melayu di Uzbekistan’ meraih tempat ketiga. 

Bagi kategori Pelajar Antarabangsa, peserta Afghanistan, Abdul Matin yang memilih tajuk ‘Dirgahayu, Bahasa Melayu’ muncul johan, naib johan peserta Yemen, Abdulrahman Khaled Hasan Saeed manakala tempat ketiga disandang peserta dari Palestine, Hassan Radwan Jamal Elatrash.

Bagi kategori Alam Melayu, peserta dari Malaysia, Noor Haqim Noor Hamiddon yang memilih tajuk ‘Pesan Seniman’ muncul juara manakala naib johan diraih Ahmad Aidil Hadri Sa'dullah (Singapura) dan tempat ketiga disandang Muhamad Sharulnizam Md Roni (Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kepada kesemua pemenang. 

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, piala Perdana Menteri, hadiah iringan serta sijil. 

Naib johan setiap kategori pula memenangi wang tunai RM12,000, piala dan hadiah iringan serta sijil manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM8,000, piala dan hadiah iringan serta sijil.

Sejumlah 53 peserta dari 35 buah negara menyertai PABM yang memasuki edisi ke-11 dengan tema ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.

Ketika ditemui pemberita, Lisa berkata, kemenangan tersebut merupakan tunjuk ajar pensyarah selama tiga tahun sejak beliau mula belajar Bahasa Melayu.

Selain itu, beliau banyak membaca buku dan menonton pelbagai filem dalam Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan. 

Abdul Matin, pemenang kategori Pelajar Antarabangsa Malaysia berkata, beliau mula mempelajari Bahasa Melayu sejak bersekolah di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail pada usia 13 tahun.

"Saya cuba untuk mahir Bahasa Melayu kerana saya ingin berkawan dengan rakan sebaya berbangsa Melayu ketika itu sewaktu mengikut keluarga berpindah ke Malaysia," katanya. 

Sementara itu, Noor Haqim yang merupakan pelajar tahun dua jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam berkata, kemahiran berpidato akan membantunya untuk menjadi peguam yang baik pada masa akan datang. 

"Saya akan terus membantu universiti saya untuk kekal sebagai juara pada tahun depan. Kami mahu mencipta sejarah dengan menjuarai PABM tiga tahun berturut-turut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan