Kajol ‘Belanja’ Gambar Bersama Isteri VVIP

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 9:13 PM

Kajol ketika menghadiri sesi bertemu peminat di untuk mempromosikan filem terbarunya di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kunjungan heroin Kuch Kuch Hota Hai ke Malaysia bukan sahaja membuatkan peminat filem Bollywood di negara ini teruja, namun sekeping gambar terbaru yang dikongsikan Kajol Mukherjee di Instagram turut mencuri tumpuan peminat.

Nampaknya, primadona itu tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor sempena lawatannya itu.

"Satu lagi untuk kelab wanita... bersama wanita pertama Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor (sic)," tulisnya pada posting berkenaan.

One more for the women's club.....with the 1st lady of Malaysia Datin Paduka Rosmah Mansor.

A post shared by Kajol Devgan (@kajol) on

Setakat ini, gambar tersebut sudah menerima 53,240 tanda suka dan lebih 861 komen daripada peminat di seluruh dunia.

Rata-rata peminat mengalu-alukan kehadiran pelakon yang berusia 43 tahun itu ke Malaysia yang hadir bagi mempromosi filem baharu lakonannya,  Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2.

Tags / Kata Kunci: Kajol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan