Tunang Tun Aminah Ikuti Kelas Agama

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 8:36 PM

Ismail (kiri) dan Zawiyah memantau bacaan al-Quran yang dibaca oleh Dennis. - Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bakal suami Tunku Tun Aminah Maimunah Sultan Ibrahim, Dennis Muhammad Abdullah mengikuti modul pengajian Islam yang sistematik dan intensif untuk mendalami tentang akidah, kata bekas setiausaha kerajaan negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Kata Ismail, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meluahkan perasaan gembira terhadap pencapaian bakal menantunya dalam mendalami agama Islam.

"Dennis menerima bimbingan tentang Islam daripada sekumpulan ustaz di Jabatan Agama Islam Johor sejak  Mac tahun lalu," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Dennis yang dilahirkan sebagai Dennis Varbaas pada 1 Mei 1989 di Lisse, Amsterdam di Belanda telah memeluk Islam pada 31 Mei 2015.

Ismail dan isterinya, Datin Zawiah Mohamed dilantik menjadi ibu bapa angkat Dennis sejak Februari tahun lalu selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

"Satu modul khas sudah disediakan dengan bimbingan ustaz, beliau diberikan pendidikan agama yang lengkap.

"Ini meliputi pengajian al-Quran, fardu ain, Bahasa Malaysia, protokol istana, etika, tulisan jawi dan penerangan tentang struktur kerajaan negeri Johor," katanya.

Tambah Ismail, Dennis berjaya mengikuti pengajian Islam dalam tempoh kurang tiga bulan, beliau sudah mampu mengingati sebahagian al-Quran, solat dan ayat-ayat suci.

"Beliau juga tidak pernah tinggal solat Jumaat dan menunaikan solat terawih sepanjang  Ramadan," kata Ismail.

Dennis akan mengahwini puteri tunggal Johor, Tun Aminah Maimunah pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene di sini.

Tags / Kata Kunci: Dennis Muhammad Abdullah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan