RM5.7 Bilion Wang Tak Dituntut

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 3:15 PM

wang

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sejak 1977 sehingga 30 Jun lepas, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, jumlah itu melibatkan lebih 55 juta rekod akaun seperti akaun simpanan, semasa dan perniagaan.

Wang tidak dituntut itu termasuklah gaji, bonus, komisen, dividen yang tidak dituntut bagi tempoh antara setahun dan tujuh tahun, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (Parit-BN) mengenai jumlah WTD yang masih berada dalam simpanan Bahagian WTD jabatan itu selaku pemegang amanah.

Othman berkata, orang ramai boleh membuat semakan sekiranya mereka mempunyai WTD di 25 kaunter WTD di seluruh negara iaitu 13 kaunter di Semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan satu kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Sebagai pemegang amanah, pihak kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang tersebut dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut, katanya. - Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan