Seni Jalanan Di P.Pinang Sasaran Vandalisme

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 9:18 AM

-foto THESTAR/ZhafaranNasib

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seni jalanan di Pulau Pinang, terutamanya muralnya yang terkenal telah menjadi sasaran vandalisme baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Warisan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Noorhanis Noordin berkata, lukisan mural dan patung-patung logam jalanan di sepanjang jalan tumpuan pelancong, Armenian Street, Acheen Street dan Jalan Kampung Kolam sering menjadi sasaran perbuatan vandalisme.

"Majlis telah membelanjakan kira-kira 25 peratus dari peruntukan penyelenggaraan tahunan RM100,000 untuk memulihkan seni jalanan yang dirosakkan tahun ini.

"Kami biasanya akan mengeluarkan kesan atau tanda yang tidak diingini sebelum menghubungi pelukis untuk datang dan membantu memulihkan bahagian yang rosak," katanya, Selasa.

Noorhanis menambah, majlis itu merancang untuk menempatkan kamera litar tertutup tambahan di sepanjang jalan yang mempunyai seni jalanan ini.

Gambar kanak-kanak di atas sebuah motosikal di Armenian Street telah diconteng, dicurahkan dengan kari dhal. Peniaga juga telah melekatkan sticker produk mereka di bahagian dinding seni ini.

Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) Rosnani Mahmod berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan vandalisme berkaitan mural atau mercu tanda.


Tags / Kata Kunci: seni jalanan , Pulau Pinang , vandalisme

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan