PAS Yakin RUU355 Dibahas Kali Ini - Berita Semasa | mStar

PAS Yakin RUU355 Dibahas Kali Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 2:30 PM

pas
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS optimis bahawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibahaskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasakan mahkamah syariah akan dilakukan pada sesi Dewan Rakyat di Parlimen kali ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti Islam itu yakin Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membenarkan perbahasan mengenai usul itu disambung susulan penangguhannya pada 6 April lalu.

"Tidak kisah berapa nombor sekarang. Jika dalam aturan mesyuarat sebelumnya, ia juga boleh jadi bila-bila sekarang," katanya

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat di Parlimen kali ini.

Pada 6 April lalu, Pandikar membenarkan usul itu dibentangkan dengan Abdul Hadi untuk menjelaskan pindaan yang dicadangkan sebelum persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan.

Usul tersebut ketika ini disenaraikan sebagai perkara ke-17 di dalam kertas aturan urusan mesyuarat, selepas kesemua usul kerajaan.

Tags / Kata Kunci: RUU 355 , PAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan