PAS Bukan Nak Lawan Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 2:01 PM

Datuk Ahmad Yakob

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Keputusan PAS meletak calon pada mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti mungkin menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru tetapi tindakan itu bukan untuk melawan pakatan pembangkang.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata PAS mempunyai pertimbangan tersendiri untuk meletakkan calon mereka bertanding.

“Kita tak lawan pembangkang tapi kita ada dasar sendiri. Kita meletakkan calon mengikut keputusan parti dan keputusan itu bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang kesal dengan hasrat PAS untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.

Pua mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan PAS ingin menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.

Dalam pada itu Ahmad turut mencabar DAP meletakkan calon mereka untuk bertanding di kesemua kerusi di negeri ini.

"DAP nak letak semua calon mereka di Kelantan pun boleh," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: PRU14 , Ahmad Yakob

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan