Lebih 50 Peratus Pengguna Teksi Guna Aplikasi 'E-Haling'

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 7:42 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus pengguna teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan teksi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya 14 peratus daripada pemandu teksi menggunakan perkhidmatan yang sama untuk mendapatkan penumpang.

Nancy berkata, pemandu teksi seharusnya memanfaatkan penggunaan teknologi itu dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

“Perkhidmatan e-hailing tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvensional, tetapi harus digunakan sebagai peluang kepada pemandu teksi dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini,Rabu.

RUU itu antara lain, mencadangkan takrif kenderaan 'e-hailing' dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan menjadikan perkhidmatan antaranya Grabcar dan Uber satu perkhidmatan awam yang sah.

Nancy berkata, perkhidmatan e-hailing wajar dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perantara, tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang.

“Langkah kawal selia itu untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan yang positif bukan sahaja kepada pemandu teksi, pemandu kenderaan e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menerokai peluang dalam industri itu melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan,” katanya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan